nutrifres | Ikan Masam Manis
17322
portfolio_page-template-default,single,single-portfolio_page,postid-17322,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-theme-ver-17.2,qode-theme-bridge,qode_header_in_grid,wpb-js-composer js-comp-ver-6.0.3,vc_responsive

Ikan Masam Manis

Category
Receipi

Ikan Masam Manis

Bahan-bahan Ikan
1 ekor (kurang daripada 1kg) ikan pecah periuk/fish fillet dipotong ketulan
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Tepung Jagung secukupnya

Bahan-Bahan Sos Oren
2 biji oren
4 sudu besar Pati Jus Oren Nutrifres
½ cawan air
4 ulas bawang putih, dicincang
1 batang halia, dipotong halus
1 batang lobak merah, dipotong halus
5 sudu besar sos cili
6 biji cili padi, dihiris nipis
1 ulas bawang besar, dibelah
Garam secukup rasa
2 pokok daun sup, dicincang kasar
Minyak untuk menumis
⅓ cawan air dibancuh bersama sedikit tepung jagung
1 sudu kecil gul
Sayur-sayuran pilihan (Cili benggala, bunga kobis, tomato, putik jagung

Cara-cara
STEP 1 Gaul serata serbuk lada sulah dan garam bersama ikan
STEP 2 Sedia minyak secukupnya dan panas untuk goreng ikan
STEP 3 Golekkan ketulan ikan dalam tepung jagung sepenuhnya dan goreng sampai kuning keemasan
STEP 4 Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan masak tumis bawang putih bersama halia sehingga wangi
STEP 5 Masukkan Pati Jus Oren Nutrifres dan sos cili, tambah sedikit air kalau terlalu kering
STEP 6 Masukkan buah oren yang diparut kulit dan dipotong, cili padi, lobak merah, bawang besar dan sayur-sayuran yang lain.
STEP 7 Masukkan garam secukup rasa, dan tambah gula kalau terlalu masam.
STEP 8 Tambah sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
STEP 9 Masak untuk seketika dan tutup api
STEP 10 Curahkan ke atas ikan yang digoreng dan sedia dihidang!

We work closely with you and carry out research to understand your needs and wishes.