BAHAN A: 6 perisa Nutrifres Juice Concentrate yang berasingan ; 2 paket agar-agar/jelly ; 800ml air
BAHAN B: 150ml Nutrifres Lychee Juice Concentrate ; 250ml susu cair ; 500ml air ; 1 paket agar-agar/jelly
BAHAN C: 900ml sprite ; 500g gula ; 200ml Nutrifres Seacoconut Longan Juice Concentrate
Langkah-langkah (Bahan A) :
1) Masak agar-agar/jelly dengan air sehingga mendidih.
2) Tuang ke dalam 6 bekas yang berasingan (bentuk segi empat).
3) Masukkan 3 sudu perisa Nutrifres Juice Concentrate ke setiap bekas.
4) Kacau sehingga sebati dan sejukkan di dalam peti sejuk seketika. Kemudian potong dalam bentuk dadu kecil.
Langkah-langkah (BAHAN B) :
1) Campurkan kesemua bahan kemudian masak sehingga mendidih.
2) Tapis dan tuang ke dalam acuan. Biarkan separuh beku.
Langkah-langkah (BAHAN C) :
1) Campurkan kesemua bahan kemudian masak sehingga mendidih.
2) Kemudian tuang ke atas adunan BAHAN B.
3) Taburkan BAHAN A dan sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.